Pu1t1z

kata azimat dariku

Madah Puitis Dariku
Jiwaku Sentiasa Saja Kacau
Violetz Itu Pasti Indah Selalu
Seperti Jua Hidupku

28 Jun 2016

Misteri

Assalamualaikum...

Ini adalah note yang aku pernah buat di note facebook
20hb February 2011.

BIru VIolet published a note.
Kerna semalam yang agak suram
Aku terdengar suara sayu yang layu
Entah mana datangnya aku sendiri pun tak tahu
Membuat hatiku tak menentu
Tidur ku tak senyenyak selalu

Suara sayu itu merayu padaku
Maafkan kesilapan masa lalu ku
Itu yg ku dengar masa tu

Heran kenapa kau perlu kemaafan dariku
Apakah salah yang kau lakukan dulu
Hingga kau lirih sayu

Tanpa ku sedar hari sudah meninggi
Rupanya aku sedang bermimpi
Tapi ku rasa ia bagaikan realiti

Hai suara aneh yang sayu lagi layu
Kemaafan apa yang kau perlu dariku
Walau apapun yang kau mahu
Maafmu ku terima kerna masa lalu yang aku sendiri tak tahu

Hai suara layu yang sayu
Janganlah datang lagi padaku
Bukan kerna ku takut pada mu
Tapi ku mahu tidur nyenyak seperti selalu

23 Mar 2016

Kecelaruan Cinta

Assalamualaikum...


Kali ini aku keliru
Antara nyata dan palsu
Antara harapan dan mahuku
Antara rahasia dan impianku

Kenapa mesti aku tertipu
Sedangkan aku bisa saja tahu
Mungkin aku kabur menilaimu
Mungkin aku rabun mengukur cintaku

Harap ini bukan khayalku
Ku mahu ia benar-benar berlaku
Kau datang dan menghias tamanku
Menyembuh luka hatiku

EL
2300 121014


**

Ingin aku berterus terang padamu
Tentang cintaku yang tak pernah layu
Kini jua masa yang berlalu
Cintaku hanya untukmu

Tapi belum tiba masa untuk kau tahu
Belum cukup diriku dampingi kamu
Tidak juga ku puas datang ke mimpi malammu
Tapi ada batas antara kita untuk kau tahu

Jangan pernah kau berputus asa padaku
Jangan juga kau pergi tinggalkan aku
Jangan biar hasut menangi kamu
Jangan lupa aku cintai kamu

DN

2348 121014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...