Pu1t1z

kata azimat dariku

Madah Puitis Dariku
Jiwaku Sentiasa Saja Kacau
Violetz Itu Pasti Indah Selalu
Seperti Jua Hidupku

30 Nov 2011

A2Z & 1-3nd

From 'A' to 'Z'
if  U asking me to choose
I will choose 'U'
bcoz U r owez in
my 

if U asking me again
I still choose 'U'
bcoz U r never change in
my 

And
from 1 until the end
if U asking me to choose
I will never choose any number
bcoz I know my 
never end to U



Conclusion : number never end
and so my lurve to u

28 Nov 2011

Segalanya, Hanya Untukmu

Aku rela menunggumu,
namun,
adakah kau menerima aku seadanya??

Aku rela berjauhan denganmu,
namun,
apa kau sudi bersamaku selamanya??

Aku rela menemanimu di setiap langkah kakimu
namun
adakah kau mahu beriringan denganku??

Aku rela menjagamu seumur hidupku,
namun
apa kau rela sehidup semati denganku??

Aku rela melakukan apa saja untuk melihatmu gembira
walau akhirnya aku yang merana
namun
apa kau terima aku apa adanya aku
walau sebenarnya kau tersiksa selamanya??

Aku lakukan segalanya hanya untukmu
agar kau rasa bahagia
Aku rela berpayahan hanya untukmu
agar kau rasa di sayangi
Aku telan segala pahit hanya untukmu
agar kau rasa gembira

Aku menahan tangis juga hanya untukmu
agar kau rasa di hormati
Aku ukir senyum hanya padamu
agar kau rasa diperlukan
Aku biarkan diriku hanya untukmu
atas segalanya dalam hidupku

hanya sau yang ku pasti
aku akan terus mencintaimu hingga ke akhirnya
walau kau tak pernah tahu
dan tak pernah menerimaku seikhlas hatimu
satu yang ku mahu kau tahu
Hanya kau yang ku cinta

Aku - Kau = x cinta


Dulu,
aku cuma mampu bermimpi berjumpamu lagi
ku hanya berharap kau kan kembali
ku bisa bermohon kasih kita kekal abadi
ku cuma berharap takkan lepaskanmu lagi

Suatu saat,
kita bertemu dan mengenang kisah lalu
kita bertingkah dan mengenal diri seperti dulu
kita meluah rasa dan menaut kasih yang terputus dulu
kita berharap kasih kan kekal bersemi

Kini,
saat jari mengetik di papan komputer
saat sayang masih bertahta di hati
saat cinta mekar umpama mawar berduri
saat itu ku terasa kau hilang meninggalkan aku sendiri



Conclusion : dan sekarang saat itu sudah berlalu,
aku tak perlu dirimu di sampingku lagi
kerna kau telah buang aku jauh dari hidupmu

25 Nov 2011

Dia

Dia
bukan penghalang hubungan kita
bukan musuh dalam selimut
bukan kawan tapi sahabat

Dia
penghububg antara kita
insan jujur menyatukan kita
sahabatku yang setia

Dia
menyatukan kita di suatu detik
menyatukan hubungan yang renggang
menyatukan kau dan aku

Tanpa Dia
kita tak akan bersatu
kita tak akan mengenal erti jujur
kita tak akan ada hubungan cinta

menjadikan kau dan aku
lebih dari sekadar kenalan


conclusion: dialah sahabatku saat susah dan senang

24 Nov 2011

Hukuman Ke Atas Kesalahanmu


Anda di dakwa atas kesalahan
Mencuri hatiku
Menceroboh mimpiku dan
Mengganggu ketenteraman jiwaku

Anda akan di dakwa
Tanpa sebarang ikat jamin
Mahupun peguam bela

Jika disabitkan kesalahan
Anda akan dihukum
Penjara selamanya di hatiku
Atau denda menjadi pasangan hidupku seumur hidupku
Atau kedua-duanya sekali

Aku mengakui kesalahanku
Mencuri hatimu
Menceroboh mimpimu dan
Mengganggu ketenteraman jiwamu

Aku akur akan dakwaan tersebut
Walau tanpa sebarang ikat jamin
Mahupun peguam membela aku

Dan aku terima hukuman itu
Iaitu terpenjara di lubuk hatimu
Atau menjadi pasangan hidupmu seumur hidupku
Atau kedua-duanya



Conclusion: Apa pun hukuman ke atas aku
aku terima 
Asal selalu dekat di samping kamu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...