Anda di dakwa atas kesalahan
Mencuri hatiku
Menceroboh mimpiku dan
Mengganggu ketenteraman jiwaku
Anda akan di dakwa
Tanpa sebarang ikat jamin
Mahupun peguam bela
Jika disabitkan kesalahan
Anda akan dihukum
Penjara selamanya di hatiku
Atau denda menjadi pasangan hidupku seumur
hidupku
Atau kedua-duanya sekali
Aku mengakui kesalahanku
Mencuri hatimu
Menceroboh mimpimu dan
Mengganggu ketenteraman jiwamu
Aku akur akan dakwaan tersebut
Walau tanpa sebarang ikat jamin
Mahupun peguam membela aku
Dan aku terima hukuman itu
Iaitu terpenjara di lubuk hatimu
Atau menjadi pasangan hidupmu seumur
hidupku
Atau kedua-duanya
Conclusion: Apa pun hukuman ke atas aku
aku terima
Asal selalu dekat di samping kamu
No comments:
Post a Comment