)
Semalam aku di awangan rasa cinta
Kau beri aku sejuta bahagia
Janjimu hanya aku untukmu
Dan aku takkan pernah rasa derita
Hari ini aku terjatuh ke gaung sepi
Kau beri aku pelbagai tanda soal
Janji yang kau ungkap tak pernah nyata
Kerna aku terasa begitu merana
Tadi aku terdampar di kaki derita
Kau tinggal aku hampa kecewa
Janjimu sikitpun tak kau kota
Dan aku sudah merasa perit derita
Besok, biarlah aku di awangan cinta Sang Illahi
Kau pergilah bersama janji yang kau mungkiri
Kerna aku lebih percaya janji Illahi
Dan bila derita itu kembali
Ia hanya untuk aku lagi dekat pada-Nya
No comments:
Post a Comment