Aku seperti terkena halilintar
pancaran kilat dari cahaya matamu
mungkin aku cuma bermetafora
tapi benar, aku telah jatuh cinta
aku umpama telah terpukau
dengan jampi serapah nenek kebayan
mungkn itu hanya khayalan belaka
sungguh aku telah jatuh cinta
cowok ganteng menggetar naluri seorang aku
dengan penuh sifat lelaki sejati
mungkin hanya halusinasiku belaka
tapi aku benar-benar jatuh cinta
dia menjadikan taman larangan ini kembali berseri
bunga mengembang mekar harum dan mewangi
mungkin cuma imaginasiku sahaja
betul, aku sudah gila bayang cinta dengannya
0h sang arjuna pujaan hati
andai kau tahu isi hati ini
datang padaku rawatlah luka hatiku
andai benar kau jodoh yang tercipta untukku
hai kekasih hati pengubat duka
andai kau mahu mendampingiku
ke marilah, bersama kita mencipta bahagia
andai benar jodoh ini bersama setulus cinta
wahai si dia yang jauh di mata
hati jadi rawan gundah gulana
mampirlah, datanglah menghadap aku pencintamu yang setia
andai kau benar-benar akan menjadi milikku
conclusion: siapakah si dia gerangannya
bakal menjadi pendampingku???
No comments:
Post a Comment