Pu1t1z

kata azimat dariku

Madah Puitis Dariku
Jiwaku Sentiasa Saja Kacau
Violetz Itu Pasti Indah Selalu
Seperti Jua Hidupku

16 Oct 2014

Jom Fikir

Assalamualaikum...

HARI INI

Sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirlah tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa  dari makananmu
Fikirlah tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk di makan

Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk
Fikirlah seseorang yang berada pada tingkat terburuk dalam hidupnya

Sebelum kamu mengeluh tentang pasangan hidupmu
Fikirlah dulu pada seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan pasangan

Sebelum mengeluh tentang anak-anak kamu
Fikirlah tentang seseorang yang sangat ingin punyai anak tetapi mandul

Sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
Fikirlah seseorang yang meninggal awal

Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu,
Fikirlah orang yang tinggal dijalanan

Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa
Fikirlah tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan

Sebelum kamu tuding jari menyalahkan orang
Fikirlah tak adaseorangpun yang tak berdosa

Disaat kamu mengeluh tentang kerja
Fikirlah soal pengangguran & OKU yang perlukan kerja

Dan saat kamu sedang bersedih dan dalam kesusahan
Tersenyum dan berterima kasihlah pada Tuhan bahwa kamu masih hidup

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...