Assalamualaikum...
perginya dia membawa cintaku
perginya dia bersama rinduku
dan perginya jua bersama kasihku
hingga tiada sisa untuk aku
bagiku dia yang pertama di hatiku
bagiku dia tiada yang kedua dinadiku
mahu dia yang terakhir untuk selamanya
namun semua sudah berakhir di sini
hadirmu cuma mimpi buatku
hadirmu hanya anganku yang tak pasti
ku biar hadirmu tanpa rasa
kerna aku mahukan dia
hadirmu bersama cinta tulus
hadirmu membawa rindu
dan hadirmu bersama kasih suci
hingga aku akur ini takdirku
betapa tulusnya cintamu
betapa aku mahu merindmu
betapa suci kasihmu
hingga aku lupa derita semalam
BV
0207, 140914
Banting
No comments:
Post a Comment